Salam alaik...Nampaknya ini entri kedua blog ana...Ana tak tahu kenapa ana menulis ttg ibu ana utk first entry (mgkn sebab itu perasaan ana yg sebenar2nya apabila usia semakin meningkat). Hoho,terasa tua la pulak...First and foremost, b4 I proceed to the main point, let me introduce myself..
- nama diberi 'yang termasyhur anak yang terpuji'...start guessing?
- umur setiap tahun meningkat dan semakin dekat dgn kematian
- tinggal di atas muka bumi ciptaan Rabb
- 5 hati kerana
lima4+1 jiwa dalam baitul saya (InsyaAllah ke syurga) - ana seorang hamba yg sentiasa alpa dan dahagakan ilmu akhirat utk meraih cinta dan redha-Nya
- ana juga dalam misi menjadi da'ie muda yg sentiasa cuba mentarbiyah diri dan org sekeliling
Uhibbuki fillah
definisinya membawa seribu pengertian
Aku sayang padamu (perempuan) kerana Allah
hadirmu sebagai pengantara
di antara aku dan pencipta
peringatan darimu
mengingatkan aku kepada yg Esa
Hari-hariku bagai kelam
ditandus nasihat dan kebenaran
tanpamu sebagai teman seperjuangan
dalam medan pertempuran
antara nafsu dan iblis
Kudus doaku setiap hari
mengharapkan Illahi sebagai penggantimu
tanpa kau di sisiku
semoga kau jua seperti aku
bersama-sama mengharapkan
redha-Nya setiap detik
Puisi ini ana deklamasikan istimewa buat sahabat2 seIslam ana yg sama-sama bermujahadah di jalan-Nya...
Ana sering mengeluh menangis kerana semenjak ana berada di tempat baru, jiwa ana terasa kosong.. Bukan kosong kerana tiada pengisian rohani, tetapi kerana ana dambakan seorang sahabat yg akan sentiasa berjalan dgn ana dalam mengatur langkah mendekatkan diri ana kepada-Nya...bukan ana bermaksud rakan2 sekeliling ana tidak bersikap demikian..cuma ada masanya ana mengalami masalah perasaan yg memerlukan tempat luahan peribadi yg membina motivasi diri.
Ana juga masih tercari-cari teman sejati seperti lagu nyanyian Brothers..bukan apa... Ana ini seorang insan yg sering terlupa akan luasnya rezeki pemberian tuhan sehingga dikaburi oleh ujian sebesar zarah cuma, di mana Allah itu tahu akan kemampuan setiap makhluk-Nya.
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(Al-Baqarah:286)
Ana sering berdoa agar dipertemukan sahabat yg akan sentiasa mengingatkan ana kepada Rabb.
Alhamdulillah..Allah tidak pernah menghampakan permintaan setiap hambaNya. Dia sering mengingatkan ana melalui cara atau medium yg sgt halus di mata penglihatan... Mungkin kehadiran seribu rakan2 di sisi ibarat seorang sahabat yg ana nantikan sebenarnya...
Ana rasa demikian sahaja untuk kali ini...Di harap peringatan ini sentiasa berguna buat ana..untuk kalian jua... Salam alaik...Semoga berjumpa lagi di lain entri, InsyaAllah...